Monday, 26 November 2012

JURULATIH LAOS BERI AMARAN

LAUNGAN amaran yang disuarakan pengendali Laos, Kokichi Kimura hampir dijelmakan anak buahnya selepas mereka berada di ambang kemenangan ke atas naib juara Piala AFF 2010, Indonesia, malam kelmarin.
Ia wajar mencetuskan peringatan kepada anak buah Datuk K Rajagobal akan perancangan yang diatur bekas pengendali kelab Jepun, Yokohama F Marinos itu pada pertemuan getir berdepan Harimau Malaya malam esok.

“Saya ada melihat sendiri perlawanan Malaysia sebelum ini. Namun ia mungkin berbeza bagi kejohanan ini berbanding aksi persahabatan yang saya saksikan itu.
“Saya juga akan melakukan sedikit perubahan taktik, ia bukan perlawanan mudah namun kami turut mempunyai peluang dan jelas ketika menentang Indonesia kami tidak bernasib baik (jaringan penyamaan pada minit ke-89) untuk menang. Namun saya gembira pemain amat bagus dalam mempraktikkan taktik dirancang. Mungkin saya mahu menang (menentang Malaysia),” katanya.

Malah Kimura menegaskan bola sepak bukan permainan individu dan anak buahnya jelas mempamerkan corak permainan bagus ketika menentang Indonesia dan mahu ia diteruskan malam esok terutamanya menerusi serangan balas pantas.

Seri 2-2 ketika menentang Indonesia membuatkan Laos semakin bersemangat untuk menambah duka skuad negara yang diaibkan Singapura 0-3 dengan keyakinan tinggi itu turut dilaungkan kapten pasukan, Visay Phaphouvanin walaupun skuad itu dibarisi sebahagian besar tenaga muda.
“Ia bukan tugas mudah terutamanya beraksi di tempat lawan namun kami harus mencuba,” kata tonggak jentera serangan berusia 27 tahun itu.

Katanya, pemain yang bakal mendapat perhatian Laos dalam pertemuan sudah sudah pasti Norshahrul Idlan Talaha yang hampir menggegar gawang pada lewat perlawanan ketika menentang Singapura, malam kelmarin namun terkena tiang.
“Saya sudah lama beraksi menentangnya. Dia sangat berbahaya, kami perlu berwaspada,” katanya.

Bagaimanapun rekod jelas tidak memihak kepada Laos apabila skuad negara membelasah mereka, 5-1 dengan salah satu jaringan dihasilkan menerusi sentuhan Norshahrul.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/27-METRO ONLINE

No comments:

Post a Comment